Bab 1
ARISSA DANIA
sedang mambaca novel online sambil ber`chatting’ denga kawan-kawannya di laman
web sosial iaitu Facebook apabila ibunya panggil untuk memakan nasi.
“Nia,mari makan nasi. Mama masak lauk
kegemaran kamu ni.”ajak Puan Rania iaitu ibu kepada Arissa.
‘Ishk,nak makan ke tak hah? Kalau ikut
hati, aku malas nak makan .. Tak pelah ape pun tanya lu mak aku masak
apa?’putus Arissa selepas berdolak-dalik untuk makan.
“Mama masak apa,ma?”tanya Arissa pada
ibunya.
“Mama masak ketam masak lemak cili
api. Nak ke tak ni adik Nia dah ready
nak ambik(ambil) ketam ni.”jawab Puan Rania.
‘Alamak,terliur pulak aku
dengar.Huhuhu!! Tak pelah makan je lah. Aku suruh geng chat aku tunggu aku kejap.’bebel Arissa di dalam hati sambil
tangannya ligat menekan kekunci notebook,hadiah
daripada ayahnya. Ayahnya memberikan notebook tersebut kepadanya bersempena
dengan kejayaannya mendapat 5A dalam UPSR. Dia berpesan kepada rakan-rakannya
agar tidak log out terlebih dahulu.
“Nia oii,nak makan ka tak ?”tanya
Puan Rania sekali lagi selepas tidak mendapat respon daripada Arissa.
“Yelah. . .nak makanla ni.”balas
Arissa pada Puan Rania.
‘Hai,apalah yang dibuat anak dara aku
ni dalam bilik dia. Dari balik sekolah sampai sekarang tak keluar-keluar pun.
Ni mesti dok(tengah) main notebook dia. Sejak akhir-akhir ni,Puan
Rania lihat Arissa selalu terperuk di dalam blilik selepas pulang dari sekolah
kerana asyik bermain dengan notebooknya.
Tetapi nasiblah prestasi pelajaran Arissa tidak terjejas.
Arissa keluar dari biliknya lalu
melangkah menuju ke dapur. Dia mengambil tempat yang mudah untuk dia menonton
televisyen selepas mengambil pinggan lalu mencedok nasi dan lauk kegemarannya. Arissa
memakan nasi dengan berselera sekali sambil bersembang dengan ibunya tentang
perihal di sekolah.
Arissa bersekolah di Sekolah Mengah
Kebangsaan Gurun di tingkatan 3 merupakan seorang murid yang cemerlang di dalam
akademik mahupun kokurikulum. Tetapi dia tidak mahu bersekolah di sekolah
berasrama sebaliknya dia ingin bersekolah di sekolah harian. Walhal semasa di
sekolah rendah dahulu sudah disematkan di hatinya untuk bersekolah di seolah
berasrama.
Sebenarnya dahulu dia pernah mendapat
tawaran ke sekolah berasrama tetapi dia telah menolaknya kerana dia sanggup
berpisah dengan ibu bapanya lagi. Sebenarnya dia ada juga keinginan untuk
bersekolah di sekolah berasrama semasa mendapat tawaran tersebut tetapi ibunya
telah memujuknya agar tidak bersekolah di sana
dengan pelbagai alasan.
Di sekolah harian, dia telah mengambil
aliran arab dan memasuki Kelas Khas yang kesemuanya merupakan pelajar Melayu. Dia
sering bersaing dengan budak-budak Cina untuk mendapat tempat pertama di dalam
carta top 10. Arissa telah beberapa
kali mendapat tempat dalam carta tersebut. Walaupun begitu, dia tidak meninggi
diri dan sentiasa membantu rakannya yang mempunyai masalah.
Pada hujung tahun lepas, dia telah mendapat
tawaran untuk menjadi pengawas tetapi dia telah menolak tawaran tersebut.
Setelah Arissa selesai makan, dia terus
menuju ke bliknya lalu chatting dengan
rakan-rakannya sambil membaca novel online.
Sesungguhnya dia suka membaca nivel dan sehingga kini dia sudah memiliki 10
buah novel.
0 Comments:
Post a Comment
Assalamualaikum . . pot-pet lah di cni . . tap jgn 2lis benda2 yg merapu n berbaur lucah . . sya x ska 0wg cm2 !! tenx . . =))
<< home ♥